Rasa tak percaya pulak saya boleh terjebak minat membaking ni. Oven sedia ada kat umah ni pun adalah freegift daripada pembelian TV Sharp kami beberapa tahun yang lepas.
Disebabkan mendapat order pavlova dan brownies dalam kuantiti yang agak besar, jadi kapasiti oven yang besar amat amat diperlukan. Saya telah berjaya sesi membodek suami untuk membeli oven elektrik yang lebih besar. hehe.
ok lah, selepas beberapa sesi survey harga oven, kelebihannya, saya telah memilih oven elektrik jenama Faber keluaran Malaysia. Oven ini bersaiz 46Liter dan berharga RM360. Apa yang menarik perhatian saya untuk membeli oven ini adalah bentuk dan permukaan oven yang sangat menarik dan lebih gap berbanding yang lain. Size oven ini mampu muat loyang bersize paling maksimum 12' x 12'. Jadi untuk bakers permulaan macam saya ni, rasanya oven ini lebih dari cukup. Insya Allah.