Quantcast
Channel: Luar TeKo
Viewing all articles
Browse latest Browse all 634

Tempat Makan Best di Kuching: Teh Tarek Kafetaria Demak

$
0
0

Bagi yang masih tercari-cari mana lagi tempat best nak makan sambil lepak-lepak dengan kawan, saya cadangkan boleh lah cuba di Teh Tarek Kafetaria yang terletak di Demak. Kafetaria ini terletak berdekatan dengan Medah Hamidah.

Apa yang special di sini? Bagi saya, orang local kat sini, Teh Tarek Kafetaria mempunyai variasi menu yang pelbagai. Antara menu yang sukar dicari di Kuching ni, namun ada ditawarkan di kafetaria ini adalah Char kue tiaw Basah, ayam panggang madu, dan juga otak-otak. Dapatlah mengubat kerinduan saya dengan otak-otak di semenanjung nun.

Ayam Panggang Madu di sini juga antara ayam panggang tersedap yang pernah saya makan. Cukup rasa dan sambal nya juga sangat sedap. Harga bagi 1ekor ayam panggang madu ni adalah RM17 sahaja.


Char kue tiaw basah nya juga boleh tahan dan sedap. Char kue tiaw biasa rm5.50 dan special pula adalah RM7.00. Kalau telur dalam kuah ni banyak sikit maybe makin power rasa nya. Bagi local sarawakian atau sahabat dari semenanjung yang menetap di Kuching dan teringin dan rindu nak makan char kue tiaw basah, boleh la berkunjung ke Teh Tarek Kafetaria Demak ya.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 634