Quantcast
Channel: Luar TeKo
Viewing all articles
Browse latest Browse all 634

Oven Elektrik FABER Pilihan Saya

$
0
0

Bulan lepas saya berjaya meNgolok atau membodek suami saya untuk membeli oven elektrik yang lebih besar. Ye lah oven sedia ada sebelum ni hanya mampu memuatkan acuan bersize maksimum 8'x8'.
Jadinya, kami telah membuat survey di deretan kedai-kedai elektrik berdepan dengan Miramar Kuching. Dan pilih punya pilih dan bersesuaian dengan bajet, saya telah memilih oven elektrik jenama FABER dan bersaiz 46liter dan ia mampu muat acuan paling besar saiznya adalah 12'x12'. Harganya pula selepas tawar menawar, kami dapat RM360. actually oven ni paling besar bersaiz 60liter dan mampu muat 2 biji loyang yang bersaiz 8'x8'. Untuk mereka yang aktif bisnes kek memang sesuai la beli yang paling besar tu. Harga pun still berbaloi iaitu RM480.
So far, sepanjang 1 bulan dah saya menggunakan oven ni, memang puas hati. Just permulaan kena sesuaikan diri dengan oven baru ni. Lain oven lain suhu die tau. So kena biasa kan diri dulu. Kalau tak, takda la peristiwa pavlova ku terbakar hangus. Hehe.
Ciri -ciri lain oven ini adalah mempunyai kipas dan juga lampu sepanjang pembakaran kek. Ini memudahkan kita untuk memantau progression pembakaran kek kita. Jadi, bagi saya oven ini dah sangat mencukupi bagi saya yang baru bertatih nak belajar buat kek. :-)


Viewing all articles
Browse latest Browse all 634