Quantcast
Channel: Luar TeKo
Viewing all 634 articles
Browse latest View live

Trip Percutian Bajet Ke Sabah 3 Hari 2 Malam 2017

$
0
0

Trip Percutian Bajet Ke Sabah 3 Hari 2 Malam 2017

Alhamdulillah. Selesai sudah perjalanan trip percutian bajet saya kali ini ke Sabah selama 3 hari 2 malam bermula 11.2.2017 hingga 13.2.2017. Sebelum pergi mula risau, entah cukup atau tidam trip singkat ni untuk explore tempat-tempat wajib dipergi di Kota Kinabalu dan Kundasang. Yelah, ni adalah kali pertama saya berkunjung ke Sabah dan masih kabur jauh perjalanan di sini.

Antara tempat-tempat wajib pergi dalam list saya adalah seperti berikut,

Sekitar Kota Kinabalu:
Atkinson Clock Tower
Signal Hill View
Pulau Sapi
Pulau Manukan
Pulau Mamutik
Pasar Filipina
Waterfront Bulatan Todak

Sekitar Kundasang:
Mount Kinabalu Park
Desa Dairy Cattle Farm
War Memorial
Tagal Sg Moroli Fish Spa

Kesemua tempat wajib di atas saya sempat pergi kecuali Pasar Filipina atas sebab tidak dapat dielakkan.

Itinerary Trip Bajet Ke Sabah 3 Hari 2 Malam

11.2.2017 Sabtu:

- Pukul 7.10 pagi sampai di airport Kota Kinabalu terminal 1. Terus call abang kereta sewa yang dah booking. Pick up kereta.

- Singgah makan di Maimunah Cafe. Makanan ok lah.

- Singgah beli ikan bilis dan keropok amplang di pasar ikan kering berdekatan pasar Filipina.

- Pergi ke Signal Hill View Tower.

- Pergi ke Atkinson Tower Clock

- Jam 1 petang gerak pergi ke Rumah Terbalik on the way ke Kundasang.

- Jam 2 petang gerak teruskan perjalanan ke Kundasang.

- Jam 4 petang check in di Crystall Hill Resort. View sumpah cantik sangat. Atas bukit la katakan. Review resort ni akan di update dalam next entry.

12.2.2017 Ahad:

- Jam 7 pagi ready untuk check out terus dan ambik gambar view gunung Kinabalu yang clear tanpa dilindung awan. Subhanallah. Memang cantik view kat Kundasang ni awal pagi.

- Jam 7.30 pagi gerak ke Desa Dairy Cattle Farm dan sampai sana sebelum pukul 8 pagi. Desa dairy farm tu pun belum bukak lagi. Tips gambar background gunung kinabalu paling cantik adalah di Desa Dairy Farm. Make sure datang sebelum pukul 8 pagi ya. Bayaran masuk ke sini adalah Rm5.00 seorang.

- Jam 10 pagi gerak pergi ke Tagal Sg. Moroli Fish Spa. Perjalanan ambik masa dalam 45 minit. Bayaran masuk adalah Rm5 seorang.

- Jam 11 pagi gerak pergi ke War Memorial, tak jauh dari bulatan sayur kundasang. Bayaran RM3.00 seorang. Actually, lepas gi desa farm, korang boleh terus ke sini. Kami tersilap percaturan. Haha.

- Jam 12.00 tengahari gerak menuju ke Mount Kinabalu Park. Bayar Rm3.00 seorang. Jalan-jalan di botanical garden dan memorial park bagi mengingati mangsa-mangsa terlibat yang kehilangan nyawa di gunung Kinabalu sewaktu kejadian gempa bumi pada tahun 2015.

- Jam 1.30 petang gerak menuju ke Jambatan Tamparuli.

- Jam 2.00 petang gerak menuju ke Kota Kinabalu dan terus check in di Prominade Service Apartment.

- Jam 8 malam pergi ke waterfront berdepan dengan bulatan todak. Then, pergi makan di Gerai Haji Manja di tapak gerai-gerai seafood di waterfront kk ni.

13.2.2017 Isnin:

- Jam 8.00 pagi gerak ke Jetty Jesselton. Terus pergi ke kaunter 10 untuk booking trip ke 3 pulau  iaitu Pulau Sapi, Pulau Manukan, dan Pulau Mamutik. Saya tambah dengan sewa set snorkeling dam pakej parasailing untuk 2 orang. Kos total adalah RM251.

- Jam 8.30 pagi bergerak menuju ke Pulau Sapi menggunakan boat. Perjalanan ke pulau Sapi ambik masa dalam 15 minit dari jetty Jesselton. Sampai sana terus cari encik abdul yang incaj parasailing, namun kena tunggu pukul 9.30 sebab encik abdul belum datang. Jam 10 pagi jumpa en. Abdul dan proceed parasailing.

- Jam 12 tengahari ambik boat dan menuju ke Pulau Manukan.

- Jam 2 petang ambik boat dan menuju ke Pulau Mamutik.

- Jam 4 petang tunggu boat untuk balik ke Jetty Jesselton. Tapi, dalam 4.40 petang baru boat sampai, dan sampai ke jetty dalam pukul 5 petang.

- Jam 5 petang terus menuju ke Waterfront todak untuk gi Gerai Haji Manja. Nak makan latok sebelum balik. Wajib cuba latok kalau ke sabah. Memang sedap.

- Jam 7.00 petang menuju ke Pantai Tanjung Aru. Niat hati nak tengok sunset, tapi tak sempat.

- Jam 7.15 petang menuju ke Airport Kota Kinabalu Terminal 1. Pukul 8 malam abang sewa kereta pick up kereya sewa.

- Jam 11.20 malam naik flight Airasia balik ke Kuching. Actually flight delay. Patutnya pukul 11.50 malam dah sampai ke Kuching. Huhu.

The End. Nanti bagi full detail setiap tempat yang dipergi k. Nak update semua sekali dalam entry ni macam semak pulak.haha. so, stay tune.


Hadiah Birthday Untuk Cik Puan Sang Penulis

$
0
0
Alhamdulillah. Pada 11 Februari 2017 yang lepas genaplah umur saya 29 tahun. tinggal satu tahun lagi untuk menginjak usia ke 30 an. Cepat betul masa berlalu. Syukur ke hadrat Ilahi, kerana saya masih dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik hingga kini.

Sempena ulang tahun kelahiran saya pada tahun ini, encik suami telah belanja beli kasut Nike. Haha. Macam tau tau jak bini dia ni mengidam nak pakai kasut untuk travel ke Sabah. Malam 10 februari, kami berdua pergi ke Wisma Saberkas untuk membeli selfie stick. Kebetulan lalu depan kedai GSM sana dan tengok kasut. Terus cakap dengan husband, ehh jum tengok kasut. Saja nak usya sebenarnya. haha. Atlast, macam rezeki pulak, bila husband cakap nak hadiahkan kasut kat saya. Dengan syarat tidak melebihi bajet yang diberi. Rezeki jangan ditolak beb, dan bala jangan dicari.

Cari punya cari dan cuba punya cuba, akhirnya saya berkenan dengan kasut Nike hitam. Design cantik dan yang penting sekali ianya sangat selesa dipakai. Rasa tak menyabar pula nak melaram ke Sabah pakai kasut baru. yelah, sebelum ni, saya prefer guna palm shoes sahaja. Tapi kali ni, nak beralih angin pulak.

Haa, di atas ni adalah kasut Nike yang saya pilih. Masih ber tag harga lagi, sebab time ni capture gambar untuk send dengan adik beradik. Nak mintak opinion mereka mana lagi cantek. Haha. Nampak sangat bukan tak boleh buat keputusan sendiri. En suami cakap kasut nike yang color hitam kelabu lagi cantik, tapi mata saya tengok biasa sahaja. Kasut hok hitam putih ni juga yang menambat jiwa saya dan setelah mendapat undian penuh daripada adik beradik. 

Thanks sayangku atas kesudian menaja Kasut untuk travel bajet saya pada 11 Februari hingga 13 Februari 2017. 

Review Crystal Hill Resort, Kundasang

$
0
0
Review Crystal Hill Resort, Kundasang

Trip Percutian bajet saya kali ini ke Sabah selama 3 hari 2 malam berjalan sangat lancar walaupun malam sebelum penerbangan saya berdepan dengan beberapa masalah yang boleh merosakkan mood percutian saya. Apa masalah tersebut? 1. keluarkan duit dari atm cimb, tiba-tiba duit tak keluar tapi bila check balik akaun, amaun sudah ditolak dari akaun. 2. Tempat sewa kereta tiba-tiba beritahu kereta axia yang saya dah book, tiada, jadi dia gantikan dengan proton saga blm baru. 3. Bila dah ada masalah dengan akaun, terpaksa call maybank operator banyak kali hinggakan kredit dalam rm20 juga habis. Nampak tak betapa hampir nak stress nya saya. Tapi saya tahan, sebab taknak spoil kan mood percutian. Haha.

Melalut dah saya ni. Oklah untuk trip percutian ke Sabah ni, saya memilih untuk stay di Kundasang pada hari pertama. Sampai sahaja di Airport Kota Kinabalu Terminal 1, saya dan suami ambil kereta sewa axia (dapat juga axia akhirnya. thanks abang kereta sewa), terus jalan-jalan sekitar KK. Lepastu dalam pukul 1.30 petang baru kami bergerak ke Kundasang. sebelum sampai Kundasang singgah dulu di Rumah Terbalik.

Sampai di Kundasang dalam pukul 4 petang macam tu. Disebabkan sangat lewat, waktu on the way ke Kundasang dalam jam 3 petang pihak Crystal Hill Resort dah call tanya, jadi ke tidak check in? Haha. Khuatir betul mereka aku tak jadi check in. Yelah, sebabnya untuk tempahan hotel ni, saya tempah melalui Booking.com. Pembayaran akan dibuat sewaktu saya check in hotel dan bukan semasa tempahan dibuat secara online.

Blok tempat bilik saya


Crystall Hill Resort ni terletak di atas bukit Crystal Hill. Agak tinggi bukitnya dan jalan menuju ke resort ni juga agak kecil dan memang kena berhati-hati lah. Sebab jalan ni memang di lereng bukit. Yang pasti view dari atas bukit atau resort ni subhanallah, memang sangat cantik. 

Sampai di kaunter check in, kami terus buat pembayaran dan pilih menu apa untuk breakfast esok. Ohya, bayar secara tunai sahaja tau. Belum ada perkhidmatan bayar secara kad kredit mahupun debit di sini ya. Korang jangan lupa bergambar di beranda yang berada sama bangunan dengan kaunter check in ni tau. View sangat lah cantik, Saujana Mata Memandang.

Untuk kemudahan dan keselesaan bilik pula, bilik sangat luas. Tiada aircond mahupun kipas disediakan di dalam bilik ya. Nasib baik time kami datang, cuaca kat Kundasang ni memang sejuk di siang hari. Satu saja yang saya tak suka berkenaan bilik dia, katil atau selimut yang diguna agak berbau. Bau macam bau badan orang yang lepas berpeluh. Yerkkk. Sampai rimas laki aku dengar aku membebel pasal bau tu. Dahlah aku ni jenis suka tidur berselubung, memang puas lah aku cium bau tu.  Hope pengusaha resort ni lebih peka dengan permasalahan ni di masa akan datang. Mungkin juga bau tu datangya dari tilam tu, yelah, dah nama pun bilik tu takda kipas mahupun aircond, jadi cuaca sembab. Bila peluh bau badan lekat kat tilam memang susah lah nak hilang. Lagi-lagi kalau basah. Sigh.

Bilik air pun satu lagi hal. Tile nampak kotor dan bilik air berbau. Hilang feel aku berus gigi dan cuci muka. Kalau time mandik takda bau tu, sebab hilang dek pancuran air. Hope sangat pengusaha resort lebih peka lepas ni. Sayang lah, resort tu dah cantik, lokasi pun CUN, jadi kebersihan bilik pun kenalah dititik beratkan.

Aktiviti Menarik Di Pulau Sapi, Manukan dan Mamutik, Sabah

$
0
0
Aktiviti Menarik Di Pulau Sapi, Manukan dan Mamutik, Sabah

Hai. Ni nak share senarai watersport activities yang kita boleh lakukan sekiranya buat trip ke pulau-pulau dekat Kota Kinabalu ni. Antara pulau-pulau yang korang boleh terjah adalah Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamutik.
Di pulau-pulau yang saya senarai kan tadi, kita boleh buat aktiviti sukan air ni. Antara aktiviti sukan air menarik untuk dicuba adalah parasailing, banana boat, snorkeling, diving, sea walk dan macam-macam lagi.

Saya dan suami pilih snorkeling (free just kena sewa google dan jacket) dan  main parasailing. Untuk parasailing kami dapat harga RM130 untuk 2 orang. Kira murah daripada kaunter lain. Ohya, ni saya ambik pakej dari kaunter no 10 di Jetty Jesselton. Untuk pakej ke pulau pula, saya pilih untuk pergi ke 3 pulau dan dapat harga RM43 seorang. Jumlah semua (pakej 3 pulau + parasailing 2 org + sewa Life jacket&google + cukai jetty) adalah RM251.

Parasailing di Pulau Sapi, Sabah

$
0
0
Parasailing di Pulau Sapi, Sabah

Yuhuuuu. Akhirnya berjaya juga memujuk suami untuk main parasailing ni. Dulu waktu trip ke Langkawi, walau berkali pujuk sampai nak kelahi pun ada, BERMATIAN dia taknak main parasailing ni. Haha.

Suami cakap, parasailing kat Pulau Sapi ni nampak selamat sedikit sebab main atas laut. Yelah, kalau kat Pantai Cenang, parasailing tu memang akan lalu laut dan daratan. Scary juga lah.

Pakej parasailing ni saya ambik sekali dengan pakej ke 3 pulau. Caj untuk parasailing adalah RM130 untuk 2 orang. Dua kaunter dah survey kat Jetty Jesselton tu, dan rata-rata mahal dan tak mahu ditawar. Atlast saya pergi ke kaunter 10, dan dapat harga RM130 untuk 2 orang.

Trip 3 pulau kami, kami akan pergi ke Pulau Sapi - Pulau Manukan - Pulau Mamutik. Untuk main parasailing kami kena cari En. Abdull yang uruskan parasailing di Pulau Sapi. Kami snorkeling dulu sementara menunggu en Abdul sampai.

Dalam pukul 10pagi, dah jumpa en. Abdull , kami isi borang tu dan terus naik boat untuk aktiviti parasailing. Ada 4 pasangan lain bersama kami dalam boat tersebut.
Saya dan suami turn ke dua. Abang boat tu tanya sama ada kami mahu jatuh laut ke tidak? Dan saya cakap nak. Haha. Sekali betul-betul masuk laut terus. Tapi serius cakap memang best. Rasa masuk fear factor pula. Naik parasailing ni, ambik masa dalam 15 minit juga. Yang pasti SERONOK dan view yang sangat cantik.
Parasailing di Pulau Sapi

Tempat Makan Best Di Kota Kinabalu : Gerai Makan Haji Manja

$
0
0
Tempat Makan Best Di Kota Kinabalu : Gerai Makan Haji Manja

Gerai makan Hj Manja semanja orangnya. Haha. Ehh. Tu tambahan perisa sahaja ok. Gerai makan Hj Manja ni terletak di waterfront KK dan tidak jauh dari Bulatan Todak. Korang masuk je cari Gerai Haji Manja ni. Start operasi seawal jam 5 petang hingga lewat malam.

Hari pertama saya ke sini adalah pada 12/2/17 jam 8.30 malam dan pada waktu tersebut gerai tersebut dah penuh dengan pelanggan. Waktu ni saya pilih ikan kerapu masak stim halia, scallop masak cili tiram, dan udang butter kering. Memang berbaloi-baloi. Jumlah makan untuk dua orang malam tu adalab RM51 sahaja. Murah, sedap dan puas hati.

Hari terakhir saya di Kk 13/2/17, lepas je trip island hope, dalam jam 5 petang, saya dan suami terus ke Gerai Hj Manja lagi. Misi kali ini adalah nak makan LATOK. terlupa pulak nak order semalam. Haha. Malam kedua ni saya order latok, sotong goreng tepung, ikan kerapu panggang, dan kerang bakar. Jumlah makan malam ni termasuk coconut shake rm10 adalah RM67. still berbaloi.

Jadi, korang yang nak berkunjung ke Kota Kinabalu Sabah tu, bolehlah berkunjung ke Gerai makan di Waterfront kk ni. Memang sedap-sedap makanan sini. Kebersihan pun, insyaallah terjamin.

Review Prominade Service Apartment, Kota Kinabalu

$
0
0
Review Prominade Service Apartment, Kota Kinabalu

Hari kedua saya di Sabah 12/2/2017, saya dah pun booking untuk penginapan di Prominade Service Apartment (Studio Suite), harga RM98 per malam. Saya gerak dari Kundasang dalam pukul 2 petang dan sampai di Prominade nak dekat pukul 5 petang juga.

Jenuh juga nak mencari apartment ni. Ingatkan di building depan yang bertentangan dengan shopping complex tu, rupanya untuk studio suite, bangunannya terletak di belakang. So jalan tak sama. Kaunter service prominade ni pula terletak betul-betul bersebelahan Hong leong bank, jln api-api.

Sebelum check in, saya ingatkan bilik studio ni kecik, rupanya besar juga. Not bad la, siap ada pantry sekali. Bila la pulak aku ni nak memasak.haha. kondisi bilik pun cantik dan bersih. Kiranya memang puas hati lah. Berbaloi dengan bayar rm98 tu.

Satu saja yang tak best dengan Prominade Service Apartment ni, kaunter service dia terletak jauh dari blok tempat kami menginap. So bila nak keluar, kena cop tiket parking kat kaunter, so jenuh juga kah nak menapak. Nak kata jauh sangat tu taklah, tapi macam pelik. Sebab selalu kalau nak check in check out, kaunter di lobi je.
So far semua ok. Puas hati. Yang penting bilim bersih dan tak berbau.

WAJIB Beli Jika Berkunjung ke Sabah

$
0
0
WAJIB Beli Jika Berkunjung ke Sabah

Kunjungan anda ke Sabah tidak akan lengkap sekiranya tidak membawa pulang beberapa barangan yang wajib anda beli di Pasar Ikan Masin Kota Kinabalu.

Antara barangan atau bahan makanan yang anda boleh bawa balik sebagai buah tangan atau untuk kegunaan sendiri adalah ikan bilis, udang kering, keropok amplang dan juga kuih cincin. Boldh rujuk dalam gambar. Yang bulat-bulat putih tu adalah amplang, dan kuih cincin yang kuih ada banyak lubang tu. Kot tak tau. Haha. Ikan bilis dan udang masin confirm tau kan.kan.kan. Udang masin dan ikan bilis kat sini  serius murah sangat. Rugi tak beli bawa balik.

Kat mana nak beli? Korang boleh pergi ke Pasar Ikan mAsin yang terletak tidak jauh dari Pasar Filipina. Jangan lupa buat tawar menawar tau. Actually, harga ikan bilis yang saya dapat mahal sedikit untuk sekilo, sebab ada kawan saya pernah beli rm20 je sekilo. Tapi takpa lah, ni kes sebab tak rela nak ditarik-ditarik oleh penjual disana. Rimas pulak.  Takda lah diorang tarik tangan, tapi bila kita lalu je mereka memanggil-manggil kita. Tak sedap hati la pulak.

Daripada mood nak survey harga, terus aku malas ni. Pusing balik, terus beli kat kedai pertama. Buat tawar tawar sedikit. Ok lah. Ada lah buah tangan untuk famili.


Caj Masuk Rumah Terbalik dan 3D Museum

$
0
0
Caj Masuk Rumah Terbalik dan 3D Museum

Ni, saya dengan berbesar hati dan murah hati share kan caj masuk ke Rumah Terbalik dan 3d museum Sabah.

Untuk 3d museum saya tak masuk. Saya just pergi ke Rumah terbalik sahaja. Ni kes nak cut cost la ni. 3d museum dah masuk kat langkawi, so rasanya lebih kurang je lah.

Caj masuk ke rumah terbalik bagi dewasa adalah RM10.60 seorang. Hmm. Nasib baik sekali ni je datang. Agak pricey jugak lah.

Review Singkong Restaurant

$
0
0
Review Singkong Restaurant

Sebelum trip ke Sabah, saya dan adik keluar jalan-jalan ke vivacity. Biasalah dah keluar ni, mula lah lapar. Then tanya dia, kot dia teringin nak makan apa.

My sis cakap dia nak makan ala western. Alamak. Jenuh pulak nak pikir kat mana terdekat. Then baru teringat dengan Singkong Restaurant yang terletak tidak jauh dari Icom Square. Kalau ikut hock lee centre, restoren ni selepas bangunan hock lee centre.

Chicken Chop di Singkong Restaurant


Malam tu saya order Nasi Kukus Ayam Dara, manakala adik pula order Chicken Chop. Nasi kukus ayam dara tu berharga RM9 dan Chicken chop pula Rm18. Harga still ok bagi saya , sebab rasa dan tekdture goreng ayam menu yang saya order tu sangay sedap. Chicken chop yang adik saya order juga tidak mengecewakan. Terbaekkk.

Saya bagi rate 8/10. ;)
Nasi Kukus Ayam Dara

Trip Ke Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamutik, Sabah

$
0
0
Trip Ke Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamutik, Sabah

Beberapa hari ke Sabah, hati dah dua tiga samada nam teruskan atau tidak trip ke pulau-pulau di Sabah. Trip ke pulau ni memang dalam agenda utama untuk ke Sabah. Tapi tu lah, time saya nak bercuti ni lah tiba-tiba keluar berita bot karam di KK dan di Semporna Sabah. Buat hati ni berbelah bagi pula. Semua kes bot karam ni dengar-dengar berpunca daripada ombak yang kuat. So , memang cuaca di laut tidak mengizinkan untuk kami teruskan trip ke pulau ni. Kalau diikutkan plan asal, trip ke pulau ni saya nak pergi waktu hari pertama sampai di Sabah. Yelah, flight saya sampai di Sabah dalam pukul 7.10 pagi. Memang sempat sangat nak ke Jetty. Tapi tulah, sebab dah cancel plan nak ke pulau, saya tak ready dengan pakaian semua.

Hari pertama sampai, waktu jumpa dengan abang kereta sewa tu, saya tanya berkenaan keadaan laut, samada selamat ke tidak jika saya buat trip ke pulau waktu ni. Abang tu cakap, kalau nak ke pulau-pulau berdekatan Kota Kinabalu tidak ada masalah. Dan kes yang bot karam pelancong china tu, kejadian tu berlaku ketika mereka nak menuju ke pulau jauh daripada KK. So saya pun dah berbunga-bunga hati bila dengar abang tu cakap camtu. So terus pujuk en suami untuk terus pergi trip pulau hari tu jugak. Haha. Atlast selepas perbincangan, kami sepakat untuk buat trip pulau atau Island Hope pada hari ketiga atau hari terakhir kami di Sabah.

Pada hari ketiga, iaitu Isnin 13/2/2017 jam 7.30 pagi kami check out dari Prominade Service Apartment dan pergi breakfast di kedai mamak tidak jauh dari kaunter service apartment tersebut. Alas perut siap-siap, takut kelaparan di pulau nanti. Dah lepas makan, kami tapau burger mcd pula 2 set. Nasib juga ada tapau burger, memang kelaparan pun di pulau. Haha.

Kami sampai di Jetty Jesselton sekitar jam 8.30 pagi. Actually saya dah booking malam sebelumnya dengan seorang agent yang saya dapat nombornya dari abang kereta sewa, kononnya boleh dapat harga murah. Memang murah. Tapi bila call berkali-kali dan whatsapp xdapat. Call takda orang angkat. Atlast, saya ajak suami booking di kaunter kat Jetty tu saja. Dahlah kita ni kejar masa. Survey punya survey saya dapat harga lebih kurang yang saya dapat sebelumnya iaitu RM251 untuk pergi ke 3 pulau termasuk snorkeling set dan pakej parasailing untuk 2 orang.

Lepas dah dapat tiket kami ambik set snorkeling dan terus naik boat yang disediakan. Perjalanan menuju ke Pulau Sapi ambik masa dalam 15 minit juga. Kat pulau sapi ni nanti la kami akan main parasailing. Sementara menunggu orang yang incaj parasailing sampai, kami snorkeling dulu di pantai Pulau Sapi ni. Serius, air laut kat Pantai Sapi ni memang sangat jernih. Ikan ikan pun clear je nampak. Tips snorkeling, gi snorkeling kat tempat yang banyak terumbu karang, kat sana baru banyak ikan. Cantik-cantik. Semasa aktiviti snorkeling, Sempatlah saya tengok tali untuk flying fox dari Pulau Gaya ke Pulau Sapi. Ikutkan hati nak juga main flying fox tu, tapi bajet dah ke parasailing.

Dalam pukul 10.30 pagi baru kami bertolak guna boat yang disediakan untuk main parasailing. Ada 3 pasangan lain bersama kami untuk main parasailing tu. 2 perempuan melayu dan 4 perempuan korea. Seronok lah juga dapat main parasailing ni lebih- lebih lagi berjaya pujuk suami main sekali. Sampai betul-betul masuk laut kami. Haha.

Setelah habis main parasailing , kami dihantar semula ke pulau Sapi dan meneruskan semula aktiviti snorkeling.
Jam 12 tengahari, kami berkumpul di jetty untuk tunggu boat menuju ke Pulau seterusnya iaitu Pulau Manukan. Pulau manukan ni pun, cantik sangat. Pantai kat pulau manukan ni lebih cantik daripada pantai pulau sapi. Just air laut kat sini, kurang jernih daripada pulau sapi. Yang bestnya kat pulau manukan ni, sewaktu kami sampai sana, tak ramai orang kat pantai. Mungkin mereka banyak tertumpu di pulau Sapi. Kat pulau manukan ni, baru lah dapat nak ambik gambar view canti sikit, sebab tak ramai orang.

Pemandangan sekitar Pulau Manukan, Sabah

Dalam pukul 2 petang kami tunggu di Jetty, untuk trip ke pulau terakhir iaitu pulau Mamutik. Trip ke pulau mamutik dari pulau Manukan tidak lah jauh pun, dalam 5-8 minit sahaja. Dari pandangan saya, view di pulau Sapi dan pulau Manukan lebih cantik daripada pulau mamutik ni. Jadi nextime kalau andake Sabah, ambik trip 2 pulau iaitu ke Pulau Sapi dan Pulau Manukan pun dah memadai. Kat pulau Mamutik ni angin agak kuat hingga kan pasir berterbangan. Time cakap pun pasir masuk mulut. Haha. Jadi, memang tak lah saya nak makan burger kat sini. Di pulau Mamutik ni, kami santai-santai sahaja. Jalan-jalan sekitar pantai dan terus pergi mandi dan salin baju. 2 jam kot kat sana, so baik gi mandi dan tukar baju, atleast sampai kat jetty Jesselton nanti boleh terus pergi makan kat waterfront todak tu. Korang jangan risau, setiap pulau ada disediakan toilet dan bilik untuk persalinan. Tapi kalau korang dah kat manukan, better tukar kat manukan je lah, sebab toilet kat Pulau Mamutik berbau nya ya Allah. Nasib toilet paling hujung saya guna tu bersih.

Dalan pukul 4petang kami berkumpul di jetty, namun dalam 4.45 petang varu boat sampai. Sampai kat jetty Jesselton dalam pukul 5 petang juga lah. Dah sampai sana terus serahkan balik set snorkeling. Kalau hilang, kena lah korang ganti k.

Akhirnya, ada rezeki juga saya nak ke pulau-pulau di Sabah untuk trip paling singkat saya ni. Alhamdulillah. Serius pulau-pulau kat Sabah ni antara pulau tercantik yang saya pernah pergi. Insyaallah nextrip saya nak ke Phuket dan Krabi. Insyaallah.

Pulau Sapi, Sabah

Rumah Hijau : Nasi Ayam Penyet

$
0
0
Rumah Hijau : Nasi Ayam Penyet

Rumah Hijau. Lama dah kewujudan Rumah Hijau ni. Salah satu tempat makan yang terletak di Jln Rubber, Satok.

Semalam baru berpeluang menjejak kaki di Rumah Hijau ni. Saya datang malam, jadi mostly menu adalah western menu. Erk. Terus tak order apa, dan hanya en suami saja yang order Nasi Ayam Penyet. Tu je la menu yang bukan western kalau malam. Menyesal pulak datang sini malam. Haha. Ingat tau, kalau nak ke rumah hijau ni datang siang, baru lah ada pelbagai menu nasi.

Ok. Meh review nasi ayam penyet sini. So far rasa ayam penyet tu ok la. Sedap. Lebih kurang dengan ayam penyet tempat lain. Harga pun ok iaitu Rm8.50. ohya . Masa operasi rumah hijau ni adalah setiap hari kecuali jumaat. ;)

Nasi Ayam Thai Percik , Desa Ilmu Samarahan

$
0
0
Nasi Ayam Thai Percik , Desa Ilmu Samarahan

Kalau dah ke Kota Samarahan, saya memang akan ke Desa ilmu, iaitu tidak jauh dari Everise untuk ke gerai-gerai tepi jalan tu. Salah satu gerai yang saya suka adalah gerai Nasi Ayam Thai Percik.

Harga sebungkus Nasi Ayam Thai Percik adalah Rm5. Saiz ayam besar dan kuah thai dan percik nya pun sedap. Selalunya kalau saya tapau dari sini, saya akan mintak dua-duah kuah ni. Memang berbaloi-baloi lah nasi ayam thai percik ni. Nasi banyak, ayam pun saiz nya besar. Memang puas hati.

Selain nasi ayam thai percik, terdapat pilihan gerai lain iaitu nasi abe. Pun sedap dan murah. Kalau ada ke kota Samarahan singgah singgah la gerai di desa ilmu ni ye.

Jom makan di Mbok G Kitchen

$
0
0
Jom makan di Mbok G Kitchen

Malam semalam, selepas makan di rumah hijau, saya bawak suami teman saya makan pulak di Mbok G kitchen yang terletak di Jln Astana. Masa operasi Mbok G kitchen adalah dari pukul 5pm-11pm.

Menu yang saya order adalah Nasi Goreng Ayam Butter berharga RM9. Selain tu, kami order sate kambing dan lemang betawi, dan suami ambik kesempatan order mee jawa la pulak. Haha. Ni kes tak kenyang makan kat rumah hijau la ni.

Nasi goreng ayam butter sini memang sedap la. Ayam butter tu yang Special kat sini. Pedas dan sedap. Sate kambing dan mee jawa pun not bad. Korang bolehlah try dinner di sini.

Suntikan Gonal-F 75

$
0
0

Suntikan Gonal-F 75

Untuk rawatan iui, selain kena makan clomid double dose selama 5 hari, saya juga kena suntik gonal f75 dari hari ke 7-10. Hari ke 11 scan, tapi telur di belah ovari kiri masih pra matang, jadinya doktor suggest untuk continue suntik gonal F75 untuk 3 hari lagi.
Doakan saya. ;)


Followup Braces Bulan ke 14 (30/3/2017)

$
0
0
Followup Braces Bulan ke 14 (30/3/2017)
Ini adalah gambar setelah followup bulan ke 14. Tak sakit. Just bahagian belah kanan ada besi terkeluar sedikit, nak masuk bilik doktor balik, malas la pulak. Last2, sendirik pergi adjust besi tu masuk ke dalam.

Resepi Scramble Egg

$
0
0
Resepi Scramble Egg @ Telor hancur
Hari ni untuk breakfast, saya buat menu scramble egg. Yelah, menu untuk orang diet. Hari-hari hadap telur. Haha. So kena lah lain-lain sikit resepi nya setiap hari. Jom terjah resepi paling simple ni.

Bahan-bahan:
4 biji telur
2 sudu besar susu segar (saya guna low fat milk dutchlady)
Sedikit garam
Lada hitam kasar
Serbuk daun parsley (takde pun takpe)
1 sudu makan Mentega


Cara-cara:
1. Pecahkan kesemua telur ke dalam mangkuk dan campurkan dengan susu segar.

2. Masukkan sedikit garam dan kacau hingga sekata.

3. Panaskan non stick pan dan masukkan mentega hingga cair.

4. Masukkan adunan telur dan kacau sentiasa agar telur masak sekata.

5. Dah masak, hidangkan dengan tabur lada hitam kasar dan daun parsley.

Perodua Bezza Model Baru Dilancarkan April 2017

$
0
0
Perodua Bezza Model Baru Dilancarkan April 2017

Hari ini berkesempatan usha model baru Perodua Bezza bagi varian Premium X dan Advance. Memang betul lah kata cicak, model baru bezza ni dah kurang Tonggek nya berbanding dengan keluaran bezza sebelum ni. Boleh tahan juga exterior Bezza ni. Nampak besar dan 'gap' kata orang Sarawak.

Bagi Bezza premium X (auto) harga ditawarkan adalah RM47000 manakala bagi standard Advance adalah RM53000. Beza RM6000. Bagi saya, harga Bezza standard Advance ni still sangat berbaloi dan kompetitif.

Dah tanya bayar bulanan kalau full loan dengan interest 3.5% untuk 9 tahun, bagi premium X adalah RM540+ sebulan dan Advance pula adalah RM640+ sebulan. Tepuk dada tanya poket ye. ;)

Kalau dibagi pilihan, axia atau bezza, saya akan pilih bezza, sebabnya ruangan bonet belakang yang besar dan mudah nak angkut barang.
Perodua Bezza Model Baru 2017



Cooker Hood Faber Rosak

$
0
0
Hari Rabu minggu ni, tiba-tiba waktu tengah nak goreng kentang, api dapur menyala naik ke atas dan terus bunyi bising dalam cooker hood.

Seriau betol. Terus offkan cooker hood. Takut makin teruk pula kerosakan dalaman cooker hood ni. Saya terus call tokey Tempat saya beli cooker hood ni. Rasa nak marah pun hado, tapi nak buat macam mana kan. Tokey cakap nanti dia akan call pihak faber sebab cooker hood saya masih dalam waranti.

Hari Jumaat lepas, baru pihak faber call dan technician datang dalam pukul 12.30 tengahari bagi membaiki cooker hood.

Setelah diperiksa, rupanya bunyi bising-bising tu, adalah serpihan arang dari charcoal filter tu yang telah bocor setelah kena api yang menyala naik ke atas tu. Disebabkan charcoal filter takda dalam waranti, saya kena order harga dalam RM160+. Itupun kena ambik masa sebulan lebih baru dapat, sebab takda stock. Hampeh.

At last saya tak order dulu charcoal filter tu, saya guna je cooker hood tu tanpa charcoal filter. Apa-apa pun, saya nak komen pasal brand faber ni, agak bising walaupun tanpa charcoal filter. So far, produk ni ok lah, just charcoal filter tu sangat sensitif even kena api menjulang in just a second.

Follow up Braces Bulan ke 15 @ 28.4.2017

$
0
0
Follow up Braces Bulan ke 15 @ 28.4.2017

Pada 28.4.2017, hari Jumaat yang lepas, aku pergi ke Dr chen dental bagi followup braces bulan ke 15.

Tips nak gigi cepat nampak perubahan , anda kena lah patuh pada setiap tarikh temujanji. Senang kira, setiap bulan followup adalah sangat baik untuk perkembangan rawatan braces ni.

Alhamdulillah setakat ni, belum pernah derhaka lagi dengan temujanji, just pernah lah call klinik minta awalkan atau postpone tarikh temujanji atas hal-hal yang tak dapat dielakkan.

Followup kali ini, dr chen bagitau, gigi memang dah nampak sangat perubahan dan tak lama lagi proses braces aku ni. Syukur. Semoga dipermudahkan semua. Aminn.

Viewing all 634 articles
Browse latest View live